Learning walking

Thursday, February 4, 2016

Cara guna OPK & UPT

OPK (Ovulation Predictor Kits)
Mengesan waktu subur bagi yg merancang utk hamil atau mengawal kehamilan secara semulajadi.

Waktu subur amat penting untuk persenyawaan berlaku dan peluang yg tinggi untuk hamil bila bersama pada waktu subur.

CARA MENGGUNAKAN OPK

Celupkan strip dlm urine selama 5 saat. Kemudian tunggu dlm 3 - 8 min atau sehingga jalur merah kelihatan pada 'test line' dan 'control line'

Bila waktu sesuai utk ujian kesuburan

1) Pertama sekali, anda perlu tentukan kitaran haid ( cycle period ). Kitaran haid dikira dari hari pertama haid bulan lepas sehingga haid yg akan datang..

2) Sila rujuk carta di bawah bagi menentukan bilakah hari yang sesuai untuk gunakan OPK.

Tempoh kitaran haid/ Mula gunakan strip pada

21 hari/Hari ke 6
22 hari/Hari ke 6
23 hari/Hari ke 7
24 hari/Hari ke 7
25 hari/Hari ke 8
26 hari/Hari ke 9
27 hari/Hari ke 10
28 hari/Hari ke 11
29 hari/Hari ke 12
30 hari/Hari ke 13

3) Contohnya jika cycle period anda 28 hari, bagi yang merancang untuk hamil, anda boleh start test pada hari ke 11 (start kira dari hari pertama period), jika result positif (double line sama terang) bermakna anda dlm keadaan subur dan anda bolehlah bersama dengan pasangan ( waktu subur boleh bertahan 24 - 48 jam shj ).

4) Bagi yang ingin mengawal kehamilan secara semulajadi, anda dilarang bersama dengan pasangan jika result positif kerana pada waktu itu anda tengah subur.

5) Bagi mereka yang tidak tahu bilangan kitaran haid atau kitaran haid yang tidak teratur, anda boleh start test pada hari ke  11 selepas hari pertama period. Boleh teruskan test sehingga OPK menjadi positif.

6) Waktu yang sesuai digunakan adalah dari 8 pagi hingga 8 pm..pada pukul 2pm -2.30 pm adalh waktu terbaik utk test OPK kerana hormon LH sgt tinggi pada waktu itu..Jangan gunakan sample urine pada awal pagi. ( contra dgn UPT yg perlu test diawal pg)

7) SILA KURANGKAN PENGAMBILAN AIR SELAMA 2 JAM SEBELUM TEST

Cara utk test UPT (urine pregnancy test) strip

1)    Sila guna 1st urine selepas bangun dari tidur ( pada waktu ini, urine adalah pekat dan senang untuk detect hormon hcg ).

2)    Bagi mereka yang ingin gunakan pada  waktu siang, sila kurangkan minum air 4-5 jam sebelum test

3)    Celupkan strip secara menegak ke dalam urine selama 5 saat dan pastikan tidak melebihi MAX line.

4)    Pegang strip melintang & baca result. Result boleh dlm masa 3 minit & jgn melebihi 10 minit.